Kok hilang dicari, kok tertimbun di kokeh, kok tertanam digali, kok dianjak layu, kok dicabut mati, kok tibo di mato jangan dipicingkan,kok tibo di dado jangan dibusungkan, kok tibo di poghout jangan dikompihkan. yang senteng dilabuhkan, yang panjang dikorek, yang pendek disambung, yang bocor di tampal, yang tirih dibotulkan....

Wednesday, November 10, 2010

Mane perginya Ustaz/Ustazah sekolah nii

Sudah lama saya memendam rasa untuk menimbulkan isu ini. Namun masih memberi peluang jika ada sesiapa yang ingin membetulkannya. Dah lebih setahun saya lihat papan tanda ini tapi masih belum ada yang merasa pelik atau ganji. Saya pun berkesempatan untuk mengambil gambar surau sebuah sekolah di Ampangan yang saya rasa tidak betul.. Malangnya tak ada ke ustaz/ ustazah yang mengajar di sekolah tu perasan akan kesilapan papan tanda tu yang saya fikir perkara asas. Tak kan tak de seorang pun tahu ejaan solat dalam jawi/ arab. harap sesape yang berkenaan dapat membetulkannya..

Tuesday, November 9, 2010

Forum Perdana anjuran Gabungan Badan Dakwah NS

Alhamdulillah gabungan badan Dakwah NS telah berjaya menganjurkan satu forum perdana di Dataran Senawang pada Sabtu 6 November 2010. Walaupun hujan pada malam tersebut, kehadiran tidak kurang daripada 200 org. Mungkin kerana ingin melihat dan mendengar tokoh ahli panel yang agak popular pada malam tersebut. Ahli panel pada malam itu ialah Dr Sharifah Hayati dari UM, SS Ustaz Nor Azamir Alias (Tim. Mufti Kerajaan Negeri Sembilan), Saudara Muhammad Fitri Abdullah dari PERKIM dan saudara Hanafiah Malek dari SIDIM. 
Tajuk forum pada malam itu ialah Ke Mana Tujuan Kita? dan  telah dipengerusikan dengan baiknya oleh Saudara Jufitri Joha dari ABIM Negeri Sembilan.Walaupun mula agak lewat kerana menunggu panel yang datang dari jauh namun ianya dapat dimulakan seawal 9.15 malam. Majlis telah dirasmikan oleh Ustaz Selamat Paigo, KPP Pusat Dakwah Negeri Sembilan. Kehadiran agak memberangsangkan apabila forum bermula walaupun hujan renyai-renyai masih turun. Banyak maklumat dan ilmu diperolehi pada malam tersebut terutama sekali perkembangan remaja kita oleh saudara Hanafiah Malek. Menurutnya remaja pada hari ini leka dengan hiburan sehingga lupa pada pelajaran. SIDIM ada 10 pusat penjagaan akhlak, 6 di Bukit Beruntung, 1 di Gombak, 2 di Terengganu dan 1 di kuantan. di Terengganu sahaja ada 88 org penghuni. Untuk makluman kita menurutnya sehingga 2009 seramai 80 orang gadis mengandung anak luar nikah yang dikendalikannya. 
Kesimpulannya tugas menyedarkan semua pihak ini adalah tanggungjawab semua. Bukan terletak kepada ustaz dan ustazah sahaja. Bila anak tak pandai mengaji, ustaz /ustazah di sekolah yang dipersalahkan.Jadi semua pihak perlu ambil sikap mengajak masyarakat di sekeliling kita untuk kembali kepada nilai-nilai akhlak yang tinggi. Cuma satu yang agak tak sedap di mata pada malam itu ialah gelagat seorang bekas calon pilihanraya berlonggok minum bersebelahan tempat kami berforum. terdengar juga mereka berborak sambil menghisap rokok. Pada pandangan saya, adalah mustahil tidak melihat 200 org lebih berkumpul sambil mendengar ceramah agama, jika kita tak mahu hadir pun alangkah baik jika beliau berpindah ke restoran lain yang jauh dari pandangan orang ramai. Nanti jangan salahkan pengundi jika masa pilihanraya nanti dia akan kehilangan lebih dari 200 pengundi yang ada pada malam tersebut. Walaubagaimana pun tahniah kepada penganjur. InsyaAllah akan difikirkan lagi program yang serupa di masa-masa akan datang.



Sunday, October 31, 2010

Apa Tanda Melayu jati

Apa tanda Melayu Jati
Malu bersikap dengki mendengki
malu bersifat iri mengiri
malu bersifat khianat mengkhianati
malu bersifat caci mencaci
malu menyombong berbesar hati
malu mungkir menyalahi janji
malu makan kenyang sendiri
malu menolong meminta budi
malu bercakap dan tinggi hati
malu meminta rajin memberi
malu berlagak membesar diri
Apa tanda Melayu jati
bersama Islam hidup dan mati
Apa tanda Melayu jati
Islam melekat di dalam hati
Apa tanda Melayu bertuah
sebarang laku menurut sunnah
Apa tanda Melayu bertuah
Hidup Mati bersama Aqidah
Apa tanda Melayu berakal
Di dalam Islam ia beramal

Petikan dari Tenas Effendy