Sudah lama saya memendam rasa untuk menimbulkan isu ini. Namun masih memberi peluang jika ada sesiapa yang ingin membetulkannya. Dah lebih setahun saya lihat papan tanda ini tapi masih belum ada yang merasa pelik atau ganji. Saya pun berkesempatan untuk mengambil gambar surau sebuah sekolah di Ampangan yang saya rasa tidak betul.. Malangnya tak ada ke ustaz/ ustazah yang mengajar di sekolah tu perasan akan kesilapan papan tanda tu yang saya fikir perkara asas. Tak kan tak de seorang pun tahu ejaan solat dalam jawi/ arab. harap sesape yang berkenaan dapat membetulkannya..
Tiang Seri- Tiang seri biasanya berada di tengah-tengah rumah tradisional Melayu. Tiang Seri ini adalah struktur yang paling penting dalam pembinaan rumah Melayu dahulu. Namun ianya tidak dapat dilihat lagi pada ketika ini kerana perubahan struktur rumah. Begitu juga dalam hidup, tiang seri utama ialah agama. Tanpa agama Islam yang menjadi tunggak kehidupan, segala amalan akan menjadi sia-sia..
Kok hilang dicari, kok tertimbun di kokeh, kok tertanam digali, kok dianjak layu, kok dicabut mati, kok tibo di mato jangan dipicingkan,kok tibo di dado jangan dibusungkan, kok tibo di poghout jangan dikompihkan. yang senteng dilabuhkan, yang panjang dikorek, yang pendek disambung, yang bocor di tampal, yang tirih dibotulkan....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment